Saturday 28 April 2012

MALUNYA SEMALU

assalamualaikum

Sifat nya seakan-akan sama dengan kaum hawa..mungkin generasi masa kini boleh belajar dari 'dye'ni fitrah semulajadi golongan yang suatu masa dahulu hanyalah golongan bawahan..mereka bagaikan tiada harga dalam sesebuah masyarakat..

ciri-ciri wanita muslim bagaikan tergambar menerusi sifat semulajadi pokok ni...MIMOSA-PLANT ataupun orang biasa kenal...pokok semalu..

Ya pokok semalu name dye...teringat  masa kat rumah lama dulu ..belakang rumah ada kebun  yang agak luas..macam-macam pokok ada..durian,rambutan,langsat, mata kucing, manggis....dan pokok ni semua bersepah kat serata kebun tu..


Dan dekat situla aku pertama kali kenal pokok semalu ni..pokok ni memang pemalu..kalau pokok ni tak malu jadi sepatutnya pokok ni diberi nama pokok "tak malu.".atau pokok "tak tahu malu."

suatu perkara yang menarik bagi aku masa mula-mula kenal pokok ni  ialah daun pokok ni akan menguncup apabila disentuh.. minda kanak-kanak berumur 4 tahun..semua daun pokok ni "wajib" disentuh..betapa seronoknya masa tuh..


pokok ini akan menguncupkan daunnya apabila disentuh bagi mengelakkan dirinya dirosakkan,begitu juga la  perempuan ..setiap wanita perlu mempunyai perasaan malu...."kuncupkan" kan lah dirimu apabila disentuh atau diganggu oleh orang lain agar keselamatan dan kehormatan terus terpelihara..

lagi satu..bukan mudah nak senang-senang pegang atau cabut pokok semalu  ni sebab dia ada DURI yang tajam kat batang-batang dia..orang yang tetap berdegil nak cabut pokok ni akan terima penangannya..jadi perempuan pun kena pertahankan diri macam semalu...kena pandai jaga diri pandai jaga maruah..


si pemalu ni turut mempunyai akar yang kuat..maksudnya ape...maksud nya setiap wanita kena ada ikatan yang kuat dengan Allah...bila semua mekanisme pertahanan berjaya dirobek dari sifat menguncupnya..kepada lah duri yang tajam yang melindungi diri..akhirnya kepada akar yang kuat..dekat akar ni lah terletak segala pengharapan..harapan supaya pokok ni terus tersemai kukuh dalam tanah..dan wanita yang solehah meletakkan pengharapan nya kepada Allah..

yang terakhir pokok ni akan menguncup apabila senja..hebat tak hebat pokok ni.. mase senja pandai dia kuncupkan diri dia..nak elak daunnyan rosak..jadi perempuan yang baik  dia takkan keluar rumah waktu malam sebab dia nak jaga kehormatan diri dia..

macam-macam maksud tersirat dari pokok ni kita dapat ...keperibadian seorang perempuan dapat disimpulkan melalui gerakan semulajadi tumbuhan sahaja...!..kita rugi kalau tak hargai alam dari  perspektif lain...meh kita sesama pikir dari sudut berbeza..think differently ..sebagai tanda menghargai ciptaan tuhan..
wallau'alam....






































No comments:

Post a Comment