Saturday 2 June 2012

GENERASI AL-FATEH

assalamualaikum...

orang arab zaman dulu..diorang ni tau nabi tak pernah tipu...tapi mereka-mereka ni tak pernah nak percaya..kecuali amat sedikit dari diorang ni...

pada suatu hari nabi bersabda parsi akan ditakluk oleh orang islam...sapa nak percaya...empayar parsi punya luas senang2 je dapat letak bawah islam...tapi sahabat nabi tetap yakin dengan apa yang dikatakan oleh rasulullah...


dan apa yang dikatakan oleh nabi tu jadi kenyataan...parsi jatuh kat tangan islam...sodoqo Rasulullah...ini membuktikan bahawa apa yang nabi sebut...PASTI AKAN JADI...jadi golongan tabien cari hadis nabi yang belum lagi terjadi...


Apa yang para sahabat,tabien ni jumpa......sebuah hadis.....mafhumnya.'...konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera islam.Rajanya adalah sebaik-baik raja,dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera....'
au kama qol...

Jadi bersemangat lah pemimpin dunia islam time tu nak bebaskan konstantinopel untuk mendapat penghormatan yang dijanjikan Allah menerusi hadis...ingat erk..pemimpin islam ni bukan nak kejar nama..melainkan keredhaan Allah...selain menepati apa yang rasulullah sebut menerusi hadis...

Sahabat nabi iaitu Abu Ayub Al-Ansari sendiri  memohon agar jenazahnya dikebumikan di bawah dinding ibu kota Konstantinopel...apabila ditanya kenapa nak kebumikan dekat situ.....beliau menjawab bahawa beliau ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera menawan konstantinopel..


Pelbagai kempen dijalankan bagi menakluk konstantinopel...kempen ni jadi makin hebat bila sampai zaman Empayar Uthmaniyah...dari satu pemimpin ke peminpin lain silih berganti..tak de satu pun yang berjaya...konstantinopel time tuh dibentengi tembok kukuh...memang susah nak takluk...


Sehingga tiba lah tampuk pimpinan beralih kepada sultan muhammad...ketika itu beliau baru berumur 19 tahun..Baginda cuba utuk mengikhtiarkan cara bagi menakluk konstantinopel...beliau telah mengkaji secara mendalam pelan kota konstantinopel dan kegagalan pimpinan terdahulu bagi membebaskan kota tersebut...


Serangan dilancarkan...penduduk Konstantinopel semakin ketakutan mendengar hingar-bingar suasana kota mereka dibedil dengan serangan meriam...laungan takbir bergema di bumi konstantinopel apabila dilaung tentera mujahidin....tentera Byzantine dikatakan semakin gentar apabila melihat tentera islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan takbir memecah kesunyian alam...

Akhirnya pada 29 mei 1453,kota konstantinopel berjaya dibebaskan setelah serangan dan pengepungan selama 53 hari dilakukan.. nama kota tersebut ditukar kepada Islambol( islam keseluruhannya )..gereja st.sophies telah ditukar kepada masjid Aya Sofiya...dan dari peristiwa inilah sultan Muhammad mendapat gelarannya..Al-Fateh...yang beerti 'pembuka'atau' penakluk'...

Pada kali pertama solat jumaat hendak didirikan  timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam....Baginda menyuruh semua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,"siapa diantara kita
sejak baligh sehingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!"...tiada seorang pun yang duduk,kerana tiada seorang diantara mereka pernah meninggalkan solat fadhu...


Baginda bertanya lagi,"..siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat rawatib, sila duduk!"..sebahagian dari tenteranya duduk.


Kemudian baginda bertanya lagi,"siapa diantara kamu sejak baligh hingga saat ini pernah meninggalkan solat tahajud walau satu malam, sila duduk!"kali ini semuanya duduk,kecuali Sultan Muhammad Al Fateh sendiri.Baginda tidak pernah meninggalkan solat fadhu,solat sunat rawatib dan solat sunat tahujd sejak baligh.Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu...


Kekallah bumi itu sebagai pusat pemerintahan,ketamadunan,keilmuan dan keagunagan islam berkurun lamanya sehinggalah Khilafah Uthmaniyah ditamatkan oleh Mustafa Kamal Attartuk secara rasminya pada 1924!...masjid Aya Sofiya kembali dikristiankan menjad muzium..azan harus dikumandangkan dalam bahasa Turki....

 terpulang dekat diri sendiri la nak jadi macam mana...nak jadi generasi 'al fateh' atau generasi 'letih'...          
wallahua'lam...





sumber:www.iluvislam.com
         
       




No comments:

Post a Comment