Friday 29 June 2012

ASSABIYAH

Assalamualaikum...

kebanyakan dari kita pasti dah dengar banyak cerita mengenai 'assabiyah' ni...assabiyah ni dapat kita fahami sebagai semangat kesukuan....sikap suka berpuak-puak...selalu dengar kan...mesti da selalu dengar punyerlah....kumpulan A lawan kumpulan B sebab tak puas hati pasal benda kecil...gaduh nye macam perang dunia...

semangat assabiyah ni membawa ketaksuban dan semangat melampau mengenai puak mereka...ingat kan bila da zaman moden ni terselamat la dari bahaya assabiyah ni...rupa-rupanya tak...puaka assabiyah ni rupanya berjaya merentasi zaman hingga kepada kita sekarang.

orang arab zaman dulu,kalau nak tahu memilki semangat assabiyah yang cukup tebal dalam diri.Diorang ni fanatik sangat dengan keturunan dan bangsa mereka.sampaikan pada satu tahap terjadi peperangan bertahun lamanya hanya kerana seekor unta...seekor unta je pun..(tak tahu la kalau kes unta kat negara arab ni macam kes hina sultan...yela sampai berperang la katakan)

"kamu tahu tak,kalau orang arab gaduh habis di panggil nye semua kaum kerabat dan puak-puak dia ajak bergaduh sekali...padahal yang gaduh tu dua orang aje.."

ni lah yang ustaz aku cakap bila dia buka cerita pasal orang arab ni...pasal benda kecil jadi isu besar...tak salah kalau nak memartabatkan sesebuah bangsa tapi dengan syarat tak menyalahi prinsip-prinsip islam...

korang tahu tak sebab assabiyah ni je da boleh menganiaya sesebuah bangsa...contohnya diskriminasi orang kulit hitam atau dasar aparteid...(baru belajar kot dalam sejarah dengan cikgu zamri)...orang kulit hitam ni dianggap golongan kelas bawahan..sebab apa...?semata2 kerana kulit....tak de sebab lain pun..

dan akhirnya bumi SAMBBST turut dicemari dengan budaya assabiyah ni meskipun tak de la sampai perang  ..siapa kata tak de..sukan tahunan kat sekolah aku kali ni cukup terasa kelainan nye...bukan sebab meriah sangat ke apa....cuma berlaku dasar assabiyah sikit...sikit je

firqah atau kumpulan $#@*% telah dipulau oleh gabungan 3 firqah lain..firqah aku kali ni bawa tema pahlawan islam...tak sangka idea yang aku cedok dari post yang lepas 'generasi al-fateh' diterima...cuma translate dalam english aje...cukup pedih la bila kena...aku kesian dengan amir dan adik-adik yang sekumpulan dengan aku yang tepaksa menahan seksa dipulau...ceh macam cerita sedih la pulak...

si amir ni terpaksa bertahan dipulau oleh kawan baiknya sendiri...bukan si amir ni je kena...tapi seluruh ahli $#@*% dipulau...semata-mata kerana sukan...aku jadi pelik...sebab sukan je,kawan pulau kawan...terima kasih dekat sape yang keluarkan idea k*b...terima kasih jugak la dekat sape yang yang reka lagu re* loser..

time hari sukan tuh aku mula sedar konsep sahabat 'sejati'...aku tahu,tak semua terkibat dalam hal ni...terima kasih dekat sesape yang concern...dan cuba tak libatkan diri dalam perang psikolog ni...


Hakikatnya..semangat assabiyah memang cukup berbeza dengan ukhuwah..semangat assabiyah mampu mendorong seseorang bertindak di luar batas kewarasan akal malah tidak selari dengan prinsip islam tuh sendiri...berbanding dengan konsep ukhuwah yang ternyata sangat jauh berbeza...

aku harap budaya assabiyah ni dapat dihilangkan sebab memang da jelas banyak keburukan dari pengamalan semangat assabiyah ni....semangat assabiyah harus  diganti dengan benih ukhuwah antara semua muslimin....semoga islam dapat terus berkembang menerusi kekuatan ukhuwah yang dibina antara kita..insyaAllah...wallaua'lam..














1 comment:

  1. Pening kot time sukan tu . sampai dalam klas pun hidup k** lagi ~

    ReplyDelete